Kelana Dalam Mencari: 2010

Perihal Diri

My photo
Jangan sombong duhai diri... Jangan mudah lupa...

Taaruf Teratak Hakir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Blog ini bertujuan sebagai pusat sehenti pautan pelbagai blog atau web yang menarik minat Ibnu Jamaluddin dan juga sahabat-sahabat yang mengikuti blog Kelana Di Bumi Tuhan - Ibnu Jamaluddin.

Friday 1 October 2010

Kata Hikmah 26

Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cinta sejati. 

~Lord Chesterfielda~

Kata Hikmah 25

Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani dan seratus kali lagi kami hormati kalau dia beradab.

~Budiman~

Kata Hikmah 24

Orang harus mengetahui cacat-cela kawannya tanpa membencinya. 

~Horatius~

Kata Hikmah 23

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang.  Pelupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan.


~Hamka~

Kata Hikmah 22

Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat kepada sesiapa. 

~William Shakespeare~

Kata Hikmah 21

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

~Abu Darda~

Kata Hikmah 20

Tidaklah sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selain dia beramal. 

~Sayyid Wahab Munabih~

Kata Hikmah 19

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya.  Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. 

~Sufyan Uyaynah~

Kata Hikmah 18

Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan, nescaya dia akan mendengar beberapa perkataan lagi.

~Saidina Ali~

Kata Hikmah 17

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman ke mana pun kita pergi, bersinarlah di sana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi.

~Hamka~

Kata Hikmah 16

Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. 

~Saidina Ali~

Kata Hikmah 15

Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak berguna. 

~Hamka~

Kata Hikmah 14

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak. 

~Luqmanul Hakim~

Friday 24 September 2010

Kata Hikmah 13

Pilihlah untuk menjadi mereka yang kalah sedang engkau adalah seorang yang adil dan janganlah engkau pilih untuk menjadi pemenang sedang engkau adalah zalim.

~Saidina Ali~

Kata Hikmah 12

Hendaklah engkau memuji sesiapa yang bertindak kasar, tidak beradap sopan denganmu dan menyatakan kesalahanmu dan janganlah engkau memuji sesiapa yang menyatakan kebaikanmu dan yang memujuk rayumu mengampu.

~Saidina Ali~

Kata Hikmah 11

Orang yang paling dikasihimu ialah mereka yang paling banyak membantumu. Sekiranya tiada yang sedemikian maka orang yang paling dikasihimu ialah orang yang paling banyak dibantu olehmu.

~Saidina Ali~

Kata Hikmah 10

Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya.

~Saidina Ali~

Kata Hikmah 9

Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.

~Allen Tate~

Kata Hikmah 8

Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga.

~Dr. Mahathir Mohamad~

Wednesday 22 September 2010

Kata Hikmah 7

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

~Hamka~

Kata Hikmah 6

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.

~Budiman~

Kata Hikmah 5

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.

~Imam al-Ghazali~

Kata Hikmah 4

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.

~Hamka~

Kata Hikmah 3

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.

~Hamka~

Kata Hikmah 2

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. 

~Hamka~

Kata Hikmah 1

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. 

~Hamka~